resepi dr mak mertua…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Keli salai lemak cili padi

resepi dr mak mertua…

BAHAN-BAHAN

  • 3 ekor ikan keli-dibersihkan
  • Cili padi * (terpulang banyak mana nk…)
  • Kunyit hidup *
  • Santan – dr setengah biji kelapa
  • Timun ladang (timun tua yang warna coklat tu) dikikis kulitnya, dibuang bahagian tengah, dan dipotong kecil
  • Sebiji limau nipis
  • Garam dan perasa
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan keli disapukan kunyit dan garam kemudian disalai hingga kering..(kalau malas nk salai..bakar dalam oven pun boleh)
  • Bahan-bahan bertanda * ditumbuk halus. Kemudian,masukkan ke dalam periuk
  • Masukkan santan. dan timun. Masak dengan api perlahan.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Akhir sekali…sebelum diangkat, perah air asam limau ke dalam kuah. Kemudian, siramlah kuah tadi atas ikan keli salai. SIAP
  • SELAMAT MENCUBA
  • * Kuah tidak perlu terlalu cair,,sikit jer..untuk siram atas ikan. Tp pada sesiapa yang suka berkuah, boleh masukkan ikan ke dalam kuah, macam buat masak lemak biasa.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN