masakan kegemaran hubby liza

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Keli goreng bersambal

masakan kegemaran hubby liza

BAHAN-BAHAN

  • bahan utk keli goreng: sekilo ikan keli
  • sedikit garam dan kunyit
  • minyak untuk menggoreng
  • bahan utk sambal: 30 tangkai atau lebih cili kering*
  • 3 labu bawang besar*
  • 2cm belacan ikut suka nk byk atau kurang*
  • 6 sudu makan minyak masak
  • 2 labu bawang besar dihiris
  • satu kiub pati ayam/kiub pati ikan bilis
  • sedikit garam dan gula utk perasa dan 3/4 keping asam keping, bleh juga digunakan asam jawa.
CARA PENYEDIAAN
  • gaulkan ikan keli bersama kunyit dan garam
  • panaskan minyak dan goreng ikan keli. bila dah garing angkat dan ketepikan. ulang goreng sampai habis.
  • kisar semua bahan bertanda *
  • panaskan 6 sudu makan minyak masak tadi, then bila minyak dah panas tumiskan 2 labu bawang yg dihiris, bila agak garing, masukkan bahan2 yang dikisar tadi. tumis sampai pecah minyak.
  • bila dah pecah minyak boleh di masukkan asam keping, garam, gula, kiub pati ayam/ kiub pati ikan bilis, dan, sedikit air.
  • masak sampai kuah pekat.
  • akhir sekali bolehlh kuah tadi disiram ke atas ikan keli, sedap dimakan bersama nasi putih atau roti. cubalah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN