Sesuai dimakan bila2 masa saja…kek ini juga sesuai dihias dengan fondant atau royal icing dan dijadikan kek dimajlis2 tertentu… :)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
?Kek Prune Hitam Manis Kukusâ¢
Sesuai dimakan bila2 masa saja…kek ini juga sesuai dihias dengan fondant atau royal icing dan dijadikan kek dimajlis2 tertentu… :)
BAHAN-BAHAN
- BAHAN A :-
- 300 g mentega – mengkal
- 50 g susu manis
- 1 sk vanilla powder / esen vanilla
- BAHAN B :-
- 6 biji telur – A
- 450 g gula halus (akak campur gula perang)
- 2 sb choc. paste (akak guna serbuk koko*)
- 300 g tepung naik sendiri*
- 280 g tepung gandum*
- 1/4 sk bicarbonate of soda* – Ayak bersama bahan2 bertanda *
- 1 sk serbuk kayu manis* (opt)
- BAHAN C :-
- 400 g buah prune – dihiris/gunting kecil2 dan campur sedikit tepung gandum yang ada dan gaul rata
CARA PENYEDIAAN
- Pukul bahan A hingga pekat dan putih dan ketepikan
- Pukul telur hingga 1/2 kembang lalu masukkan gula dan terus pukul hingga pekat. Masukkan campuran tepung sedikit2 dan gaul dengan senduk/spatula hingga adunan rata. Masukkan bahan A ke dalam adunan dan kacau hingga rata.
- Masukkan pula hirisan buah prune dan digaul sebati.
- Tuang adunan dan ratakan ke dalam loyang yang dialas dan digris. Tutop permukaan loyang dengan alum. foil dan kukus selama 4 jam. Pastikan air kukusan mencukupi, tambah dengan air panas jika dah berkurangan. Kek boleh juga dikukus 2 jam sekiranya kek dah cukup masak, dicucuk dengan lidi dan keluar bersih.
- Sejukkan kek dan boleh dipotong dan disajikan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.