Kek Pisang Coklat Mousse (Chocolate Mousse Banana Cake)

Kombinasi kek coklat yang lembut dan agak lembab dengan mousse berperasakan coklat-kopi. Resepi asal dari Lindapurple@myresipi.com tapi menggunakan kek chiffon sebagai base, bukan spongemix (andaikata takde stok spongemix). Minta halal ya lindapurple :) Sebagai alternatif sahaja. Boleh rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2010/09/resepi-chocolate-peach-banana-mousse.html

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Pisang Coklat Mousse (Chocolate Mousse Banana Cake)

Kombinasi kek coklat yang lembut dan agak lembab dengan mousse berperasakan coklat-kopi. Resepi asal dari Lindapurple@myresipi.com tapi menggunakan kek chiffon sebagai base, bukan spongemix (andaikata takde stok spongemix). Minta halal ya lindapurple :) Sebagai alternatif sahaja. Boleh rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2010/09/resepi-chocolate-peach-banana-mousse.html

BAHAN-BAHAN

  • Kek Chiffon (Sumber: kejusedap-acx-comm.com)
  • 30g serbuk koko
  • 1/2C air panas
  • 1st chocolate emulco/paste
  • 4 kuning telur Gred A
  • 100g gula kastor
  • 130g tepung naik sendiri
  • 1/2st baking powder
  • 1/2st soda bikarbonat
  • 1/4C minyak masak
  • 1st esen vanila
  • 4 putih telur Gred A
  • 1/4st cream of tartar
  • 65g gula kastor
  • Chocolate Mousse (Sumber asal: lindapurple@myresipi.com)
  • 250g whipping cream (UHT atau dairy whipping cream. Takde pun takpe, guna je non-dairy whipping cream/fresh cream)
  • 1st esen vanila
  • 1sb serbuk gelatin halal (campurkan dengan 4sb air panas. Rehatkan 5min hingga gelatin mengembang dan microwave atau panaskan atas api kecil hingga larut sepenuhnya)
  • 50g serbuk koko + 80g gula aising, diayak bersama
  • 1sb nescafe + 1 1/2sb air panas
  • Chocolate Ganache simple
  • 125g @ 1/2C non-dairy whipping cream
  • 100g coklat masakan
  • 1sb butter
CARA PENYEDIAAN
  • CARA KEK: Larutkan serbuk koko dengan air panas (dan chocolate emulco). Ketepikan.
  • Dalam satu bekas, campurkan kuning telur, 100g gula kastor, tepung naik sendiri, baking powder, soda bikarbonat, minyak masak, dan esen vanila. Masukkan larutan koko tadi dan kacau rata.
  • Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan separuh dari 65g gula. Pukul dengan kelajuan tinggi, masukkan selebih gula dan pukul hingga kental.
  • Gunakan kaedah kaup balik, kaupkan adunan putih telur ke dalam adunan tadi.
  • Tuang dalam bekas 9″ dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 40min, 180C (bagi acuan 8″ bakar 180C@45-50min) atau sehingga lidi yang dicucuk kelihatan bersih.
  • Terbalikkan kek atas redai dan sejukkan.
  • CARA MOUSSE: Pukul whipping cream hingga kental/pekat.
  • Masukkan esen vanila. Sambil putar pada kelajuan perlahan, selang-selikan serbuk koko+ gula aising dan larutan nescafe. Kacau sebati. Masukkan larutan gelatin (yang suam) dan kacau hingga semua sebati.
  • CARA GANACHE: Double-boil semua bahan dalam mangkuk tahan panas. Masak hingga coklat larut sepenuhnya. Ketepikan dan biarkan suam sebelum dituang atas kek.
  • CARA PENYEDIAAN KEK: Potong kek kepada 3 lapisan. Sapukan 1/3 mousse atas satu lapis kek. Letakkan pisang yang dibelah dua, lapiskan lagi dengan kek-2.
  • Sapukan 2/3 mousse, susunkan pisang dan lapiskan dengan kek ke-3. Sapukan seluruh kek dengan baki mousse.
  • Sejukkan kek dalam peti sejuk hingga mousse keras sikit. Kemudian tuangkan coklat ganache dan hiaskan sesuka hati.
  • **Boleh buat separuh adunan, bakar dalam loyang bulat 6″ ketinggian 3″ untuk suhu 180C, 35-40min. Kek akan mendap sikit bila sejuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago