Kombinasi kek coklat yang lembut dan agak lembab dengan mousse berperasakan coklat-kopi. Resepi asal dari [email protected] tapi menggunakan kek chiffon sebagai base, bukan spongemix (andaikata takde stok spongemix). Minta halal ya lindapurple :) Sebagai alternatif sahaja. Boleh rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2010/09/resepi-chocolate-peach-banana-mousse.html

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Pisang Coklat Mousse (Chocolate Mousse Banana Cake)

Kombinasi kek coklat yang lembut dan agak lembab dengan mousse berperasakan coklat-kopi. Resepi asal dari [email protected] tapi menggunakan kek chiffon sebagai base, bukan spongemix (andaikata takde stok spongemix). Minta halal ya lindapurple :) Sebagai alternatif sahaja. Boleh rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2010/09/resepi-chocolate-peach-banana-mousse.html

BAHAN-BAHAN

  • Kek Chiffon (Sumber: kejusedap-acx-comm.com)
  • 30g serbuk koko
  • 1/2C air panas
  • 1st chocolate emulco/paste
  • 4 kuning telur Gred A
  • 100g gula kastor
  • 130g tepung naik sendiri
  • 1/2st baking powder
  • 1/2st soda bikarbonat
  • 1/4C minyak masak
  • 1st esen vanila
  • 4 putih telur Gred A
  • 1/4st cream of tartar
  • 65g gula kastor
  • Chocolate Mousse (Sumber asal: [email protected])
  • 250g whipping cream (UHT atau dairy whipping cream. Takde pun takpe, guna je non-dairy whipping cream/fresh cream)
  • 1st esen vanila
  • 1sb serbuk gelatin halal (campurkan dengan 4sb air panas. Rehatkan 5min hingga gelatin mengembang dan microwave atau panaskan atas api kecil hingga larut sepenuhnya)
  • 50g serbuk koko + 80g gula aising, diayak bersama
  • 1sb nescafe + 1 1/2sb air panas
  • Chocolate Ganache simple
  • 125g @ 1/2C non-dairy whipping cream
  • 100g coklat masakan
  • 1sb butter
CARA PENYEDIAAN
  • CARA KEK: Larutkan serbuk koko dengan air panas (dan chocolate emulco). Ketepikan.
  • Dalam satu bekas, campurkan kuning telur, 100g gula kastor, tepung naik sendiri, baking powder, soda bikarbonat, minyak masak, dan esen vanila. Masukkan larutan koko tadi dan kacau rata.
  • Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan separuh dari 65g gula. Pukul dengan kelajuan tinggi, masukkan selebih gula dan pukul hingga kental.
  • Gunakan kaedah kaup balik, kaupkan adunan putih telur ke dalam adunan tadi.
  • Tuang dalam bekas 9″ dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 40min, 180C (bagi acuan 8″ bakar [email protected]) atau sehingga lidi yang dicucuk kelihatan bersih.
  • Terbalikkan kek atas redai dan sejukkan.
  • CARA MOUSSE: Pukul whipping cream hingga kental/pekat.
  • Masukkan esen vanila. Sambil putar pada kelajuan perlahan, selang-selikan serbuk koko+ gula aising dan larutan nescafe. Kacau sebati. Masukkan larutan gelatin (yang suam) dan kacau hingga semua sebati.
  • CARA GANACHE: Double-boil semua bahan dalam mangkuk tahan panas. Masak hingga coklat larut sepenuhnya. Ketepikan dan biarkan suam sebelum dituang atas kek.
  • CARA PENYEDIAAN KEK: Potong kek kepada 3 lapisan. Sapukan 1/3 mousse atas satu lapis kek. Letakkan pisang yang dibelah dua, lapiskan lagi dengan kek-2.
  • Sapukan 2/3 mousse, susunkan pisang dan lapiskan dengan kek ke-3. Sapukan seluruh kek dengan baki mousse.
  • Sejukkan kek dalam peti sejuk hingga mousse keras sikit. Kemudian tuangkan coklat ganache dan hiaskan sesuka hati.
  • **Boleh buat separuh adunan, bakar dalam loyang bulat 6″ ketinggian 3″ untuk suhu 180C, 35-40min. Kek akan mendap sikit bila sejuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN