Resipi dri kawan Dan alhamdulillah mebantu sy buat berniaga searang ; )
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Pelangi Dengan Cream Cheese Frosting
Resipi dri kawan Dan alhamdulillah mebantu sy buat berniaga searang ; )
BAHAN-BAHAN
- 250gm butter
- 2 1/2 cawan tepung naik sendiri – diayak
- 1 1/2 cawan gula kastor
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 5 biji telur
- Sedikit vanilla esen
- pewarna makanan
(biru,pink,oren,kuning,ungu,hijau,) - BAHAN2 UNTUK CREAM CHEESE FROSTING
- 250gm cream cheese – pada suhu bilik
- 350gm non dairy whip cream (saya guna brand Vivo)
CARA PENYEDIAAN
- 1. Panaskan ketuhar pada suhu 160darjah-170darjah. Bergantung kepada oven anda. (Saya guna suhu 165darjah celcius)
- 2. Putarkan mentega bersama gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar sehingga betul-betul kembang. Masukkan esen vanila.
- 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan susu pekat,pukul semua bhn sehingga betul2 sebati.
- 4. Bahagikan adunan sebanyak 6 bahagian. Warnakan dengan 6 warna yang berbeza. (terpulang nk buat berapa warna)
- 5. Saya timbang lebih kurang 305gm untuk setiap layer.
- 6. Masukkan ke dalam loyang yang telah bergris mentega dan dialas kertas baking.
- 7. Bakar selama lebih kurang 20 minit. (jangan lama sangat takut lapisan kering).
- 8. Sejukkan. Keluarkan dari loyang dan bolehlah dilayer setiap lapis dengan buttercream / creamcheese. Bila dah siap setiap lapisan, salut dengan adunan cream cheese frosting.CARA2 UNTUK BUAT CREAM CHEESE FROSTING
- CARA2 UNTUK BUAT CREAM CHEESE FROSTING
- 1.Dlm bekas yg berasingan, Pukul whip cream sehingga kental.
- 2.Dlm bekas yg berasingan, Pukul cream cheese sehingga lembut dan kembang.
- 3. Kemudian, campurkan kedua-dua nya, Putar sebati. Siap untuk digunakan
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.