Kek yg tak gunakan mentega, tapi digantikan dgn minyak.. rasa pn kurang manis…baik utk kesihatan.. :) Slmt mcuba!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Minyak

Kek yg tak gunakan mentega, tapi digantikan dgn minyak.. rasa pn kurang manis…baik utk kesihatan.. :) Slmt mcuba!

BAHAN-BAHAN

  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 camca teh serbuk penaik / baking powder.
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka
  • 1 sudu teh esen vanila
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  • Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  • Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  • Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  • Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x2 ) inci dgn mentega, taburkan dengan gandum dan ratakan. Jangan terlalu tebal.Tuang setiap adunan secara berselang-seli dalam bentuk lingkaran hingga habis.
  • Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit. Utk menguji kek dah masak ke belum, cucuk tgh2 kek dgn sebatang lidi. Jika masih melekat tapi permukaan dah kekuningan, tutup permukaan kek dgn tudung periuk. Ini bertujuan supaya permukaan kek tidak hangus.
  • Setelah masak, sejukkan dulu, baru potong.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN