Mudah penyediaannya…boleh dijadikan kek marble atau kek pelangi… :)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
?Kek Mentega Cair (Blended Butter Cake)â¢
Mudah penyediaannya…boleh dijadikan kek marble atau kek pelangi… :)
BAHAN-BAHAN
- 2 1/2 cawan tepung naik sendiri – ayak
- 1 3/4 cawan gula halus (boleh kurangkan)
- 250 g mentega cair (guna yang berkualiti)
- 1 1/4 cawan susu segar – dr peti sejuk
- 4 biji telur
- 1 sk esen vanilla (atau esen perisa buah2an pilihan)
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan kesemua bahan kecuali tepung dan esen ke dalam blender.Kisar hingga sebati dan gula larut.Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk.
- Masukkan tepung sedkit2 sambil dikacau rata.Masukkan pula esen dan kacau lagi hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan disapu mentega.
- Bakar pada suhu 160C selama 50 min-1 jam atau hngga masak.
- Perbezaan kek yang dah siap…sebelah kiri, kek yang mengguna mixer..yang sebelah kanan, kek yang menggunakan blender… :)
- Kek yang dah siap ni moist skali,sekiranya permukaan kek kelihatan melekit,boleh bakar dengan api atas utk menggaringkan lagi.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.