menambahkan variasi kek batik biskut marie. dapat resepi dari sepupu. senang dan sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Marie Koko

menambahkan variasi kek batik biskut marie. dapat resepi dari sepupu. senang dan sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm biskut marie
  • 1 buku buttercup (250 gm)
  • 4 biji telur
  • ¾ cawan gula
  • ¾ cawan air
  • ¾ cawan milo
  • ½ cawan serbuk koko
  • 4 camca besar susu pekat manis
CARA PENYEDIAAN
  • Pecah2kan biskut marie dan ketepikan.
  • Pecahkan telur ke dalam periuk yang agak besar dan pukul sedikit.
  • Masukkan gula, air, milo, koko dan susu pekat manis. Kacau supaya sebati.
  • Masukkan buttercup dan kacau di atas api yang sederhana sehingga adunan menjadi bergentel2 – macam pecah minyak.
  • Kacau hingga pekat sedikit dan masukkan biskut marie yang telah dipecah2kan tadi.
  • Kacau sehingga kesemua adunan koko meliputi biskut marie dan biskut menjadi lembut sedikit.
  • Kautkan ke dalam loyang atau mana2 acuan dan mampatkan dengan menekan2 adunan dari bahagian atas.
  • Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk.
  • *** Alaskan dasar loyang dengan cling plastic supaya senang dikeluarkan dari loyang untuk dipotong.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN