Ringkas dan mudah ….tapi sedapp

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Marble Cik Yong

Ringkas dan mudah ….tapi sedapp

BAHAN-BAHAN

  • 250 g tepung naik sendiri
  • 200 g gula ising
  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar ovallete
  • 2 penutup esen vanila
  • 2 sudu besar susu tepung (saya guna susu tepung anak – Dugro 3+ je)
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 250 g butter
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven terlebih dahulu.
  • Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji.Saya pukul telur dengan garfu terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mixer.Kemudian masukkan esen vanila.
  • Masukkan ovallete.Biarkan sebati dengan adunan tadi.
  • Masukkan susu tepung.Mixer sehingga sebati.
  • Masukkan tepung naik sendiri tadi sedikit demi sedikit sehingga habis.Biarkan sehingga adunan itu sebati.
  • Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah disapukan sedikit marjerin.Tinggalkan 1/3 daripada adunan tadi.
  • Adunan yang 1/3 tadi itu dimasukkan dengan serbuk koko.Mixer sehingga adunan itu sebati.
  • Tuangkan ke dalam loyang tadi.Ambil hujung garfu dan pusing pusingkan untuk mendapatkan corak marblenya.Jangan terlebih pusing nanti corak marble nya tak cantik.Dalam 2 – 3 kali je.Ikut kreativiti masing masing.
  • Bakar dalam oven selama 45 minit dengan suhu 150 darjah.(Ikut oven masing masing sehingga masak)
  • Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.Siap untuk dihidangkan.Selamat mencuba…..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN