PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Madu Kemenyan

BAHAN-BAHAN

  • 10 biji telur (asingkan putih drp kuningnya)
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 450 gm mentega/butter
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 tin susu pekat
  • 400 gm horlick
  • 2 sudu meja golden syrup
  • 2 sudu meja tepung roti tawar (osbond)
  • 2 sudu meja serbuk koko
  • 1 sudu meja chocolate paste
  • 1 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega dengan 1 cawan gula halus hingga kembang. Di tempat berasingan pukul kuning telur dgn 1/2 cawan gula halus hingga putih. Putih telur dipukul di tempat lain hingga ringan/tiada airnya.
  • Sesudah itu, masukkan adunan kuning telur ke dlm adunan mentega. Setelah sebati, campurkan adunan putih telur ke dlmnya dan kacau lagi hingga sebati.
  • Masukkan horlick, tepung roti osbond, golden syrup, esen, baking powder, tepung gandum dan gaul rata-rata.
  • Bahagikan adunan kpd 2 bhg: satu dicampurkan dgn koko dan chocolate paste dan satu lagi biar warna asal.
  • Tompok-tompokkan adunan coklat dan horlick secara berselang-seli hingga habis. Lepas tu gores dgn garpu untuk mencorakkannya.
  • Bakar dgn suhu 160 darjah Celsius selama 40-45 minit bergantung kpd jenis oven.

    SELAMAT MENCUBA (^-^)

  • (Cukup untuk 1 biji loyang penuh 9×9 inci) Oleh: Kak Miot

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN