Kek Lumut (Kukus)

lagi koleksi resepi kek tradisi Bumi Kenyalang dalam versi dyg. Baunya sgt wangi, moist dan sedap. Kek ini menggunakan bahan2 utk 1/2 adunan dan dikukus selama 2 1/2 jam. Resepi asal menggunakan sukatan gelas boleh rujuk di blog dyg : http://dayangjack.blogspot.com/2009/10/kek-lumut.html

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Lumut (Kukus)

lagi koleksi resepi kek tradisi Bumi Kenyalang dalam versi dyg. Baunya sgt wangi, moist dan sedap. Kek ini menggunakan bahan2 utk 1/2 adunan dan dikukus selama 2 1/2 jam. Resepi asal menggunakan sukatan gelas boleh rujuk di blog dyg : http://dayangjack.blogspot.com/2009/10/kek-lumut.html

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 3/4 cawan gula halus
  • 250 g mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya @ Pandan Emulco (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
  • 4 sudu besar seri kaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  • Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  • Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  • Masukkan susu dan serikaya. Pukul lagi.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  • Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan
  • Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  • Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
  • ***jika suka, blend gula halus seperti gula ising supaya cepat hancur & gebu semasa diputar dgn mentega
  • ***untuk sukatan cawan ke gram, boleh rujuk di sini : http://dayangjack.blogspot.com/2009/10/sukatan-imperial-metrik.html

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago