kek lapis yg senang dibuat, dan tak terlalu banyak pakai telur

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Lapis Masam Manis

kek lapis yg senang dibuat, dan tak terlalu banyak pakai telur

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 cawan tepung biskut marie (biskut marie yg dikisar dan diayak)
  • 3/4 cawan gula halus (gula castor / gula pasir yg dah di’blend’)
  • 1 cawan butter – suhu bilik (saya guna buttercup)
  • 5 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • sedikit esen vanilla, pewarna (ikut suka), asam hawflakes
CARA PENYEDIAAN
  • pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan
  • masukkan telur satu-persatu
  • masukkan tepung diselang seli dengan susu, pukul sebati
  • tambah esen vanilla, gaul rata
  • asingkan adunan beberapa bahagian (ikut jumlah warna yang dipakai)
  • masukkan 2-3 sudu adunan ke dalam loyang yang dah disapu dgn butter dan kukus lapisan pertama (lebih kurang 5 minit or less. kalau tak melekat di jari, maknanye dah masak dah tu)
  • susun asam hawflakes di atas lapisan pertama tadi, dan lapiskan dgn 2-3 sudu adunan yg berlainan warna
  • ulang langkah 6 & 7 sehingga adunan habis (kalau rajin boleh lapis nipis2, masa utk kukus selapis-selapis jadi lebih singkat. kalau malas, buat jer besor-besor..hhee)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN