Resipi kek lapis biasa (tiada bercorak yang rumit). Satu lagi variasi kek lapis (kukus) Sarawak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Lapis Goyang Dangdut

Resipi kek lapis biasa (tiada bercorak yang rumit). Satu lagi variasi kek lapis (kukus) Sarawak.

BAHAN-BAHAN

  • 10 biji telur ayam
  • 16 oz mentega Golden Churn = 2 buku mentega Golden Churn
  • 1 tin susu manis = 390gm
  • 1 tin tinggi srikaya = 300gm (saya guna jenama Nona)
  • 3 gelas tepung susu = 480gm (saya guna tepung susu Fernleaf
  • 1 botol kecil horlick = 1 paket kecil 200gm
  • pewarna kuning dan cokelat
CARA PENYEDIAAN
  • Mentega dipukul dengan telur satu persatu sampai kembang.
  • Masukkan susu manis dan horlick dan kacau biar rata.
  • Horlick tadi dimasukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kelajuan sederhana (dgn mixer)
  • Setelah rata, masukkan pula srikaya dan tepung susu.
  • Tepung susu juga dimasukkan sedikit demi sedikit sama seperti proses memasukkan horlick tadi.
  • Gaulkan adunan sehingga menjadi rata dan sebati.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  • Warnakan setiap satu bahagian masing-masingnya dengan pewarna kuning dan cokelat.
  • Alas loyang dengan kertas dan tuangkan mana-mana satu adunan dahulu mengikut sukatan / anggaran sendiri. (saya gunakan satu cawan untuk setiap lapisan). Masukkan ke dalam pengukus yang air kukusannya sudah mendidih. Kukus sehingga agak masak dan nampak kering di permukaan kek serta sesuai untuk dituangkan adunan seterusnya. (saya kukus lebih kurang dalam 15 – 20 minit untuk setiap lapisan)
  • Apabila sudah masak, lapiskan dengan lapisan kedua dan begitulah seterusnya sehingga kedua-dua adunan habis.
  • * Jangan lupa untuk menutup loyang dengan alluminium foil atau alas tudung periuk kukus dengan tuala bersih.
  • * Jangan lupa juga untuk menambahkan air kukusan. Seeloknya gunakan air panas mendidih supaya proses memanaskan semula air tidak melambatkan proses melapis kek.
  • * Setelah masak, biarkan kek menyejuk dahulu sebelum dikeluarkan dan dipotong. Seeloknya dibungkus dengan alluminum foil dan simpan didalam peti sejuk beberapa ketika sebelum dipotong. Biar tekstur kek agak mengeras sedikit tetapi masih kekal kelembapannya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN