Kek Lapis Alwani (Kukus)

Kek lapis sedap dan lembut. Mudah utk menyediakannya. Kek ini bersaiz kecil dan sesuai utk dicuba. Untuk kek saiz besar, gandakan bahan2nya. Selamat mencuba!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Lapis Alwani (Kukus)

Kek lapis sedap dan lembut. Mudah utk menyediakannya. Kek ini bersaiz kecil dan sesuai utk dicuba. Untuk kek saiz besar, gandakan bahan2nya. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam
  • 1 sdt esen vanilla
  • sedikit pewarna oren, hijau dan merah
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang. Lengserkan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
  • Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  • Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  • Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  • Masukkan susu pekat dan putar lagi. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  • Masukkan esen vanilla. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, oren dan hijau.
  • Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  • Ulangi langkah 7 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  • Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sedikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak. Setelah masak, sejukkan sebelum dipotong.
  • ***pastikan air di dlm pengukus diperiksa semasa proses mengukus. Jika hampir kering, tambah dgn air panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago