Kek Green Carpet (Kukus)

Satu lagi resepi kek kukus ringkas sedap dan moist.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Green Carpet (Kukus)

Satu lagi resepi kek kukus ringkas sedap dan moist.

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur A
  • 225 gm mentega
  • 3/4 cawan gula halus
  • 4 sudu besar tepung biskut marie (kira2 5 keping biskut marie, dikisar/ditumbuk halus)
  • 3 sudu besar horlicks
  • 1 1/2 sk pandan paste/pandan emulco
  • 1/4 cawan susu pekat manis
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan dgn mentega dan lapik dgn baking paper (gris dgn mentega dan taburkan sedikit tepung).
  • Satukan tepung dengan horlick dan tepung biskut marie. Ayakkan sekali dan gaulkan rata2. Ketepikan.
  • Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga betul2 kembang, putih dan gebu. (pastikan gula betul2 hancur). Gunakan kelajuan maksimum.
  • Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Gunakan kelajuan minima shj.
  • Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
  • Masukkan tepung tadi sambil dikacau perlahan.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong (x perlu letak warna, ia akan menjadi kekuningan selepas dikukus).
  • Kemudian tuangkan adunan td di dlm loyang secara berselang seli atau berlapis (ikutlah kreativiti sendiri). Kukuslah selama 1 jam 20 minit.
  • Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu. Kemudian terbalikkan kek dan sedia utk dipotong.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago