Juadah wajib kebanyakan orang Sarawak bila menyambut Hari Raya

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Lapis 1 Malaysia

Juadah wajib kebanyakan orang Sarawak bila menyambut Hari Raya

BAHAN-BAHAN

  • 16 oz mentega
  • 10 biji telur ayam
  • 1 1/2 gelas gula halus
  • 1 tin kecil susu manis
  • 1 tin kecil seri kaya
  • 6 sudu makan horlicks
  • 1 bungkus kecil serbuk santan (boleh guna mana-mana jenama)
  • 3 gelas tepung superfine (tepung hong kong)
  • 1 sudu makan ovallete
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Pewarna biru, merah dan kuning
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul telur dan gula sampai kembang
  • Dalam bekas berasingan, pukul mentega dan susu hingga kembang. Setelah itu, masukkan seri kaya.
  • Satukan adunan 1 dan 2
  • Masukkan tepung superfine sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan serbuk santan, ovallete dan esen vanilla. Gaul hingga sebati.
  • Bahagikan kepada 4 bahagian :- Warna merah, biru, kuning dan warna asli adunan (putih)
  • Sudukan 5-6 sudu makan ke dalam acuan aluminium 8X8 inci.
  • Bakar berlapis-lapis dengan api grill bersuhu 230 Celcius.
  • Selamat mencuba resepi 2009 ini.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN