Satu lagi resipi kek kukus Sarawak yang menjadi feveret. Rasanya manis (trademark kek dari Sarawak), moist sangat dan masa mengukus yang agak lama (satu lagi trademark kek kukus Sarawak). Pasal nama tu, tak pasti lah pulak dari mana datangnya, mungkin sempena nama orang yang mencipta resipi kek ini.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Kukus Nurul Huda
Satu lagi resipi kek kukus Sarawak yang menjadi feveret. Rasanya manis (trademark kek dari Sarawak), moist sangat dan masa mengukus yang agak lama (satu lagi trademark kek kukus Sarawak). Pasal nama tu, tak pasti lah pulak dari mana datangnya, mungkin sempena nama orang yang mencipta resipi kek ini.
BAHAN-BAHAN
- 10 biji telur ayam
- 16 oz mentega golden churn
- 1 tin besar srikaya
- 1 tin susu pekat manis (390 gm)
* susu manis tin kecil ni kalau di semenanjung boleh didapati di kedai 7 Eleven
- 1 botol kecil horlick (gunakan 1 paket kecil 200gm)
- 2 sudu teh serbuk koko
- 2 gelas gula (lebih kurang 320 gm)
- 2 gelas tepung gandum / tepung hong kong
- 1 botol kecil browning sugar (optional – sekadar untuk pekatkan warna kek)
CARA PENYEDIAAN
- Pukul telur dengan gula hingga kembang.
- Mentega dengan susu pekat manis dipukul di tempat lain hingga sebati dan kemudian disatukan dengan adunan telur tadi. Pukul lagi sehingga adunan rata.
- Masukkan browning, serbuk koko, horlick, srikaya dan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul perlahan sehingga sebati.
- Kukus sehingga masak di dalam loyang yang sudah di alas dengan kertas. Masa mengukus lebih kurang 4 – 5 jam atau apabila kertas sudah renggang dari loyang.
- * Kek ini semasa mengukus akan naik tetapi apabila sudah masak dan sejuk, akan turun sedikit dan nampak kering berbanding semasa mula2 dikeluarkan dari pengukus (kelihatan basah)
- * Potong / hiris apabila kek sudah sejuk dan bakinya dibungkus dengan alluminium foil dan simpan di dalam fridge untuk tahan lebih lama.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.