Resepi dari Cik Fiza. Memang mudah dan sedap. Tambah pula dengan ganache yang meleleh.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Kukus Coklat yang Moist

Resepi dari Cik Fiza. Memang mudah dan sedap. Tambah pula dengan ganache yang meleleh.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A

    1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )

    1 cawan gula pasir

    1 cawan susu cair

    1 cawan minyak masak

    1/2 cawan susu pekat

    Bahan B

    1 1/2 cawan tepung gandum

    1 sudu teh soda bikarbonat

    1 sudu teh baking powder

    Bahan C

    1 sudu t

CARA PENYEDIAAN
  • Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika.

    Masukkan semua bahan A kedalam periuk, dan kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil dan sejukkan.

    Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla kedalam telur tadi sambil di kacau hingga sebati.

    Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.

    Tuang adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai aluminium foil. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.

    Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.

    Cara membuat ganache
    Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.

    Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair.

    Curahkan ganache atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.

    Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Boleh juga dinikmati ketika suam-suam panas.

  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN