Sesuai untuk sebarang masa, sedap, ringkas dan unik!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Kastad
Sesuai untuk sebarang masa, sedap, ringkas dan unik!
BAHAN-BAHAN
- Kastad: 2 sudu besar tepung/serbuk kastad
- 2 sudu kecil gula halus
- 175 ml susu segar sejuk
- 1 1/2 sudu kecil esen vanila
- Kek: 100g gula halus
- 100g mentega
- 2 biji telur
- 60 ml susu segar
- 100g tepung serbaguna
- 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
- 1/2 sudu kecil garam
- 50g tepung/serbuk kastad
CARA PENYEDIAAN
- Sediakan kastad: Campurkan susu dengan tepung kastad dalam periuk. Panaskan atas api dapur dan sentiasa kacau hingga ia membeku. Bila dah beku & masak, tutup api dan angkat dari dapur, terus masukkan esen vanila & kacau lagi supaya sebati vanila dan kastad. Sejukkan kastad tu dulu.
- Pukul mentega & gula sampai berkrim. Kemudian tambah telur dan susu, pukul sampai sebati.
- Ayak bersama tepung, serbuk penaik, garam & tepung kastad. Masukkan campuran ini ke dalam adunan mentega tadi. Kacau dengan spatula sampai sebati.
- Sediakan loyang kek yang tepinya dialas dengan kertas masakan dan diglis. Separuh adunan diletak dahulu dalam loyang, ratakan. Kemudian ambil kastad yang telah sejuk sikit tadi, kacau sedikit supaya tak berbuku kemudian sapukan atas lapisan adunan kek. Buat di tengah-tengah sahaja (iaitu sapukan bentuk bulatan) yang kecil sedikit dari saiz kek.
- Kemudian masukkan baki adunan kek tadi dalam loyang. Pastikan ianya menutupi kastad. Ratakan bahagian atas.
- Bakar kek hingga masak. Suhu ikut kebiasaan oven masing-masing.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.