Bagaimana cara nak masak Kek Dam?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Dam

Bagaimana cara nak masak Kek Dam?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 160 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu teh baking powder (diayak)
  • 150 g gula kastor
  • 1 sudu makan ovalette
  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 80 ml susu segar
  • 80 ml minyak
  • 1 sudu teh pes oren
  • 1 sudu teh pes coklat
  • Sedikit chocolate rice
    (bahan hiasan)
  • Bahan B (Krim Lemon) (Dipukul sehingga gebu)
  • 250 g mentega
  • 150 g gula aising (diayak)
  • 1 sudu makan jus lemon
CARA PENYEDIAAN
  1. Sediakan dua loyang 10 x 10 inci yang dialas dengan kertas pembakar (baking sheet). Panaskan ketuhar pada suhu 170°C api bawah sahaja.
  2. Masukkan tepung gandum, baking powder, gula kastor, ovalette, telur, dan esen vanila ke dalam mangkuk adunan.
  3. Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi kembang (dua kali ganda).
  4. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar. Pukul lagi sehingga adunan kek menjadi kembang dan ringan.
  5. Tuangkan minyak ke dalam adunan. Gaul dengan senduk kayu sehingga sebati.
  6. Timbang dan bahagikan adunan kepada dua bekas. Masukkan pes oren dan pes coklat ke dalam bekas yang berasingan.
  7. Kacau rata dengan senduk kayu. Masukkan kedua-dua adunan ke dalam loyang secara berasingan.
  8. Bakar selama 25-30 minit. Apabila sudah masak, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.
  9. Semua kek dipotong panjang setebal 1 inci dan tinggi 1 inci setiap satu.
  10. Susunkan berselang-seli kek oren dan kek coklat di atas kertas. Begitu juga untuk lapisan kedua.
  11. Sapukan semua bahan B (krim lemon) setiap bahagian yang perlu dicantumkan.
  12. Taburkan chocolate rice sebagai hiasan. Bungkus kek dengan kemas dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
  13. Potong dan sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago