Kek Coklat Keju Koktel

Bagaimana cara nak masak Kek Coklat Keju Koktel?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Keju Koktel

Bagaimana cara nak masak Kek Coklat Keju Koktel?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A (Diayak)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • Bahan B (Kacau Rata)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan mentega cair
  • 2 cawan gula perang
  • 1 cawan air panas
  • Bahan C (Kacau Rata)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Bahan D (Krim Keju)
  • 250 g krim keju
  • ½ cawan gula halus
  • 150 ml yogurt perisa buah
  • 1 tin buah koktel (asingkan air)
  • Bahan E (Larutan Agar-Agar)
  • 100 ml air
  • 1 sudu makan serbuk agar-agar
CARA PENYEDIAAN
    Cara Membuat Kek
  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang 10 x 10 inci. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet). Ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk adunan.
  3. Di dalam mangkuk lain, kacau semua bahan B sehingga sebati. Masukkan ke dalam mangkuk adunan bahan A dan kacau sebati.
  4. Di dalam mangkuk lain, kacau telur dan esen vanila sehingga sebati. Masukkan ke dalam mangkuk adunan bahan A. Kacau rata.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja api bawah sahaja selama 45-50 minit.
  6. Sejukkan dan hiaskan dengan krim keju dan buahbuahan
    koktel.
Cara Membuat Krim Keju
  1. Pukul krim keju dan gula halus sehingga gebu.
  2. Masukkan yogurt dan pukul lagi. Ketepikan.
  3. Masakkan air dan serbuk agar-agar sehingga mendidih. Biarkan suam.
  4. Masukkan ke dalam adunan krim keju dan kacau rata.
  5. Tuangkan di atas kek dan sapukan rata.
  6. Taburkan buah-buahan koktel dan sejukkan beberapa jam.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago