kek asalnya SIL ajar pastu alter2 sikit, telah melalui pelbagai eksperimen untuk hasil yang sedap n mudah buat hehe..gambar tu dah deco 4 birthday adik kat sini :)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek coklat very very simple
kek asalnya SIL ajar pastu alter2 sikit, telah melalui pelbagai eksperimen untuk hasil yang sedap n mudah buat hehe..gambar tu dah deco 4 birthday adik kat sini :)
BAHAN-BAHAN
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan air panas
- 1 cawan susu pekat
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 4 biji telur
CARA PENYEDIAAN
- Di dalam mangkuk adunan, campurkan tepung, serbuk koko, gula, soda bikarbonat dan di gaul sebati menggunakan wisk—-> resepi ni kacau guna wisk jek
- Masukkan minyak masak dan kacau lagi hingga sebati adunan kering dan minyak tersebut
- Masukkan pula air panas dan dengan segera kacau hingga adunan sekata dan tidak berketul. Adunan akan menjadi sedikit kaku tapi jangan bimbang kacau je hingga terbentuk tekstur yang sekata
- Setelah itu, masukkan susu pekat dan kacau lagi. Ketika ini tekstur adunan akan menjadi lebih lembut.
- Tambahkan esen vanilla dan masukkan telur satu persatu sambil dikacau dengan wisk tersebut. setelah adunan sebati bolehlah di masukkan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan marjerin atau butter
- Kukus selama lebih kurang 1 jam dengan tudung periuk kukus di lapik dengan kain bagi mengelakkan air wap masuk dalam adunan. Ct lebih prefer kukus sebab kek akan jadi lebih gebu, lembut dan tak muak bila makan..
- boleh juga di bakar dengan oven pada suhu 180 degree selama 1 jam
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.