Kek yang mudah… tapi awas jangan leka masa bakar, kalau tak macam mat, nyaris2 rentong u!!!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Termenung

Kek yang mudah… tapi awas jangan leka masa bakar, kalau tak macam mat, nyaris2 rentong u!!!!

BAHAN-BAHAN

  • 250 g tepung gandum*
  • 1 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan , gaul dan ayak)
  • 250 g coklat susu (sebarang jenama)
  • 160 g gula pasir
  • 5 biji telur gred A
  • 15 g ovallate
  • 250 ml minyak jagung
  • 1 camca teh esen vanilla dan secubit garam
  • BAHAN UNTUK HIASAN:-
  • 200 g coklat masakan
  • 100 ml UHT whipping cream
  • 1 camca teh mentega
  • Chocolate curls secekupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam mixer bowl, satukan telur dan gula. Pukul pada kelajuna tinggi hingga kembang, masukkan garam, ovallate dan esen vanilla. Terus memukul hingga betul2 kembang (seperti adunan baulu).
  • Sementara telur kembang, cairkan coklat susu secara double-boiler (iaitu meletakkan coklat dalam bekas tahan panas dan tenggekkan atas air mendidih) kacau hingga coklat cair dan angkat. Biar coklat suam.
  • Masukkan coklat cair tadi dan terus memukul hingga sebati. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  • Tuang pula minyak jagung perlahan2 hingga habis, putar hingga rata dan sebati.
  • Tuang dalam acuan yg telah disapu dgn mentega dan ditabur sedikit tepung. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 30 – 35 minit. Bila masak, keluarkan kek dan sejukkan atas redai.
  • UNTUK GANACHE:- Satukan coklat masakkan dan UHT whipping cream dalam bekas tahan panas dan cairkan dgn kaedah double-boiler hingga cair. Masukkan mentega dan gaul hingga rata. Angkat dan biar suam sedikit dan boleh tuang atas kek tadi. Hias dgn “chocolate curls”.
  • CHOCOLATE CURLS:- Gunakan pisau pengupas kentang dan larikkan mata pisaunya di bahagian tepi coklat masakkan. Pastikan coklat berada pada suhu bilik.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending