Salah satu resipi kek choc. dlm simpanan utk di kongsi bersama. Kek choc, yg mudah disediakan menjadi kesukaan ramai…resepi kek coklat tanpa telur tapi tidak menggunakan cuka dlm bahan2… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Kek Coklat Tanpa Telur™

Salah satu resipi kek choc. dlm simpanan utk di kongsi bersama. Kek choc, yg mudah disediakan menjadi kesukaan ramai…resepi kek coklat tanpa telur tapi tidak menggunakan cuka dlm bahan2… :)

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:-
  • 300 ml susu segar (1 1/4 cwn)
  • 180 g gula halus (3/4 cwn)
  • 2 sb madu
  • 1 sk instant coffee (nescafe)
  • Bahan B:-
  • 180 ml minyak jagung/sayur (1 cwn )
  • Bahan C:-
  • 200 g tepung gandum (1 1/2 cwn + 2 sb)
  • 40 g serbuk koko (5 sb rata)
  • 1/2 sb bicarbonate of soda
  • 1/2 sb baking powder
  • CHOC. FUDGE TOPPING (1) :-
  • 1/2 tin susu manis (1/2 tin)
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 2 sb minyak jagung/masak/mentega
  • 1 sk esen vanilla
  • Masak susu,koko dan minyak atas api perlahan hingga sebati dan masukkan esen.Biar suam dan boleh dicurah perlahan2 atas kek yang sejuk dan ratakan.
  • CHOC. FUDGE TOPPING (2) :-
  • 1/2 cawan susu manis
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sb mentega/majerin/minyak
  • 2 sb air panas
  • Satukan kesemua bahan dan masak kaedah double-boil hingga sebati dan curahkan ke atas kek dan ratakan.
  • CHOC. GANACHE :-
  • 150 g heavy cream
  • 150 g coklat masakan – dipotong kecil2
  • 50 g mentega
  • Masak cream hingga panas(jgn mendidih) lalu tuangkan ke dalam mangkuk berisi choc. dan kacau hingga choc cair dan masukkan mentega dn kacau terus hingga sebati.Siap untuk digunakan.
CARA PENYEDIAAN
  • Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan.
  • Masukkan B ke dlm adunan A dan gaul rata. Alihkan ke dlm mangkuk yg besar.
  • Ayak adunan C dan masukkan ke dlm campuran A dan B dan gaul hingga sebati dgn hand whisk.
  • Tuang adunan ke dlm loyang yg dialas dan digris dan bakar hingga masak pd suhu 160C selama 40 -45 min.
  • Kek yg telah siap dibakar…kali ini bahan2 disukat menggunakan cawan metrik…30.5.09

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN