Dah ramai yg mencuba resepi ni. Kali ni nak kongsikan di sini pulak. Selamat mencuba!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Tanpa Telur (super moist)

Dah ramai yg mencuba resepi ni. Kali ni nak kongsikan di sini pulak. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan muffin cup pun boleh juga.
  • Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  • Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  • Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
  • Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran. Contoh gambar kek yg menggunakan muffin cup.
  • Untuk rujukan lanjut, sila ke DapurKu SaYang. Trm ksh. http://dayangjack.blogspot.com/2011/04/super-moist-eggless-chocolate-cake.html atau http://dayangjack.blogspot.com/2011/04/super-moist-eggless-chocolate.html
  • **Jika menggunakan loyang bsr, sila gandakan adunan atau buat 1 1/2 adunan. tq

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending