Dah ramai yg mencuba resepi ni. Kali ni nak kongsikan di sini pulak. Selamat mencuba!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Coklat Tanpa Telur (super moist)
Dah ramai yg mencuba resepi ni. Kali ni nak kongsikan di sini pulak. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
- 2 sudu besar susu tepung
- 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
- 1 cawan gula perang
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
- secubit garam
- 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
- 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan muffin cup pun boleh juga.
- Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
- Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
- Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
- Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran. Contoh gambar kek yg menggunakan muffin cup.
- Untuk rujukan lanjut, sila ke DapurKu SaYang. Trm ksh. http://dayangjack.blogspot.com/2011/04/super-moist-eggless-chocolate-cake.html atau http://dayangjack.blogspot.com/2011/04/super-moist-eggless-chocolate.html
- **Jika menggunakan loyang bsr, sila gandakan adunan atau buat 1 1/2 adunan. tq
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.