Resipi dari kawan baik. Cubalah, pasti tak menyesal!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Sri Ganu Kukus

Resipi dari kawan baik. Cubalah, pasti tak menyesal!

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 mentega (375 gm)
  • 1 tin susu cair
  • 2 cawan gula
  • 4 biji telur – dipukul perlahan
  • 1 cawan koko
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • Untuk lapisan atas:
  • 2 sudu serbuk koko
  • 2 sudu gula
  • 2 sudu susu pekat
  • 4 sudu minyak masak
  • 4 sudu susu cair
CARA PENYEDIAAN
  • Cairkan mentega bersama susu cair dan gula. Tutup api bila sebati.
  • Tunggu hingga mentega suam dan masukkan telur.
  • Ayak bahan kering.
  • Masukkan mentega ke dalam bahan kering tadi sedikit demi sedikit.
  • Masukkan esen vanila.
  • Kacau sebati dan masukkan dalam loyang 10″ yang telah disapu minyak.
  • Kukus selama 1 1/2 jam (tutup loyang dengan lapik plastik supaya air kukusan tidak jatuh ke dalam adunan kek).
  • Untuk lapisan atas:
  • Semua bahan dimasak dan disapukan ke atas kek dan hiaskan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN