tak rugi anda cuba resepi ini, saya tak tipu, ianya mudah sekali, semoga anda seronok!! =)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

kek coklat moist ana

tak rugi anda cuba resepi ini, saya tak tipu, ianya mudah sekali, semoga anda seronok!! =)

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan susu sejat/susu cair
  • 1 cawan minyak
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 camca teh baking powder
  • 1 1/2 camca teh soda bikarbonat
  • 1 camca teh vanila
  • 125 gram butter (untuk topping)
  • 1 biji telur (untuk topping)
  • 1 cawan serbuk koko (untuk topping)
  • 1 tin susu pekat manis (untuk topping)
  • choclate rice untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • panaskan oven anda pada suhu 180 celcius bagi memastikan kek anda gebu dan tidak bantat
  • sapukan minyak dan tabur tepung pada permukaan tin kek bagi mengelakkan melekat atau potong mengikut bekas menggunakan kertas A4
  • larutkan gula pasir dengan air panas sehingga sebati
  • pukul ketiga-tiga telur sebentar hingga gebu
  • ayak tepung bersama serbuk koko dan serbuk penaik bagi memastikan tiada benda asing dalam kek anda nanti
  • campurkan larutan gula, susu dan tepung hingga sebati
  • gaul rata acuan anda tadi kemudian campurkan minyak dan vanila
  • kemudian, bolehlah dituang acuan itu ke dalam tin dan bakar selama 40min hingga 1 jam
  • bagi memastikan kek anda telah masak sepenuhnya, ambil lidi satay dan cucukkan di tengah-tengah kek, angkat dan jika tiada adunan kek yang melekat, kek anda bolehlah dimakan =)
  • untuk toping pula, campurkan kesemua bahan-bahan untuk toping (pastikan buter anda telah lembut barulah sedap) kecuali choclate rice dan kacau pada api yang kecil hingga berkilat
  • curah toping atas kek dan taburkan choclate rice, dan bolehlah dimakan =D

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN