Resepi Majalah Sajian Citra-Koleksi Nona
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Coklat Marble
Resepi Majalah Sajian Citra-Koleksi Nona
BAHAN-BAHAN
- Bahan kek
250 gm mentega
- 1 1/2 cawan gula kastor
- 5 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
- 1/4 cawan susu segar
- Topping
150 ml coklat masakan (saya agak-agak sahaja) - 20ml susu segar (suam)
- Sedikit serbuk coklat/coklat emulco
CARA PENYEDIAAN
- Pukul mentega dan gula hingga kembang/berkrim
- Masuk telur sebiji-sebiji pukul rata dan masukkan esen vanila
- Masukkan 2 jenis tepung yang telah diayak bersama diselang seli dengan susu cair
- Bahagi dua bahagian : satu bahagian ditambah sedikit coklat serbuk/cair
- Selang seli macam kek marble biasa.
- Masak selama 40 minit di dalam oven 175 C.
- Untuk hiasan, coklat masakan yang telah dicairkan ditambah dengan susu suam, kacau rata. Letak atas macam yang tuan/puan sedia maklum. Anak-anak dan rakan sepejabat kata sedapnyer…
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.