tambahan untuk resepi kek coklat
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek coklat lembap (rich chocolate moist cake)
tambahan untuk resepi kek coklat
BAHAN-BAHAN
- 6 oz butter
- 14 oz gula halus (gula yang dimesin)
- 3 biji telur (suhu bilik)
- ~Bancuhkan~
- 1 sudu kecil nescafe
- 1 sudu kecil air panas
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu kecil coklat emulco
- ~ayakkan~
- 8 oz tepung gandum
- 2 1/4 oz serbuk koko
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 1/4 sudu kecil baking powder
- 1 1/3 cawan air masak
CARA PENYEDIAAN
- pukul butter dan gula sehingga kembang
- Tambahkan telur ke dalam adunan butter yang dipukul sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati
- Masukkan bancuhan nescafe ke dalam adunan.Pukul sehingga rata
- Masukkan tepung yang diayak bersama bersama serbuk koko ke dalam adunan berselang seli dgn air.Kacau hingga rata dan sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 9” yang telah dilenserkan dgn butter.
- Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah selama 50-60 min atau sehingga masak.
- Bila kek dah sejuk,bolehla sapukan dengan toping kek yang anda suka..pastu taburkan badam atau sebagainya..
- Kek ni lebih sedap dimakan bila sejuk..masukkan dalam peti sejuk pun boleh
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.