sukatan pakai cawan,sangat senang dan sedap.cair ja di mulut

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

kek coklat lembap ( kukus )

sukatan pakai cawan,sangat senang dan sedap.cair ja di mulut

BAHAN-BAHAN

  • Bahan bahan

    2 1/2 cawan tpg gandum*

    1 s.t baking powder*

    1 s.t soda bikarbonat*

    1 cawan serbuk koko*

    1 biji telur

    2 cawan gula

    1 cawan susu cair ( susu IDEAL )

    1 cawan air panas ( betul-betul mendidih )

    1 cawan minyak masak

    Bahan bertanda * kena

CARA PENYEDIAAN
  • cara-cara :

    1. Panaskan periuk pengukus.

    2. Ayak semua bahan yang bertanda * dan ketepikan.

    3. Blender telur,gula dan susu cair

    4. Masukkan bahan blender ke dalam adunan tepung yang diayak tadi.kacau sampai sebati.

    5.Masukkan air panas,kacau dan minyak masak.Kacau sampai rata.Gunakan senduk stainless steel dan buat pusingan nombor 8 hingga sebati

    6.Letakkan dalam loyang yg telah digris dengan sedikit marjerin dan masukkan dalam periuk pengukus dan kukus selama sejam.

    7.Sedia untuk dihidangkan.Kek boleh letak dalam peti ais untuk tahan lebih lama.Untuk makan biarkan seketika di luar,dan rasanya tetap lembut.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN