Tambah koleksi kek coklat anda
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Coklat Kukus Lapis Cheese
Tambah koleksi kek coklat anda
BAHAN-BAHAN
- Bahan A
- 150gm butter
- 100gm coklat masakan
- Bahan B
- 10 biji kuning telur – Gred A
- 5 biji putih telur
- 225gm gula castor
- 1 sudu besar ovalette (bumbun)
- Bahan C
- 125gm tepung gandum/superfine
- 25gm tepung jagung
- 1 tsp baking powder
- 30gm serbuk koko
- 1 sudu besar coklat emulco
- Bahan untuk lapisan cheese
- 250gm cream cheese
- 100gm coklat masakan putih
- 2 biji telur gred A
- 30gm tepung gandum/superfine
CARA PENYEDIAAN
- Cairkan bahan A dan sejukkan.
- Campurkan semua bahan B dan pukul sehingga gebu dan bertanduk.
- Masukkan bahan C dan gaul sebati. Gaul mengunakan spatula.
- Kemudian masukkan bahan A yang telah sejuk sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
- Untuk lapisan cheese. Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu.
- Sediakan acuan. Sapukan acuan dengan butter dan alas dasar dengan kertas.
- Bahagikan adunan coklat kepada 2. Masukkan bahagian 1 kedalam acuan dan tutup dengan aluminium foil. Kukus kek selama 20 minit.
- Selepas 20 minit. Periksa kek. Sentuh atas kek dan jika kek tidak basah bermakna kek telah sedia untuk lapisan kedua. Lapisan kedua – masukkan adunan cheese. Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit. Lapisan cheese dah masak, bolehlah masukkan bahagian ke 2 kek dan kukus lagi selama 20 minit. Jangan lupa untuk tutup kek dengan aluminium foil sebelum mengukus. Tips : Pastikan dan periksa kek telah masak sebelum tuang lapisan ke 2 dan seterusnya kerana kek sangat lembut dan bimbang2 jika kek tidak masak adunan akan mendap.
- Kalau suka boleh la ganache kan kek. Yang ini kak ogy x ganache kek sb anak2 suka jugak kalau kek kosong je. Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.