koleksi kek coklat kukus dayang. Lembut dan sedap! Selamat Mencuba!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Kukus DJ

koleksi kek coklat kukus dayang. Lembut dan sedap! Selamat Mencuba!

BAHAN-BAHAN

  • 125 gm / 1 cawan tepung gandum + 1/2 sk baking powder (diayak)
  • 1/3 cawan serbuk koko (diayak)
  • 1/3 cawan horlicks (diayak)
  • 4 biji telur gred AA
  • 225 gm mentega
  • 3/4 cawan gula kastor (dikisar halus spt gula ising)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan pengukus. Didihkan air dgn api sederhana. Griskan loyang kek dan taburkan sedikit tepung (seelok2nya lapik dgn kertas minyak supaya mudah utk keluarkan kek)
  • Putarkan mentega bersama gula hingga berkrim dan gebu (guna kelajuan maxima).
  • Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  • Sementara itu, satukan tepung bersama koko dan horlicks. Kemudian masukkan ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit sambil diputar.
  • Akhir sekali masukkan esen vanilla. Sebatikan.
  • Tuangkan ke dalam loyang kek dan tutup dgn kertas foil. Kukus selama 1 jam.
  • Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.
  • Boleh hiaskan dgn topping kesukaan masing2 jika suka (tak letak pun takpe sb kek ini sudah cukup manis dan moist)
  • ***tepung gandum boleh digantikan dgn tepung naik sendiri

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN