Khas utk keluarga yg besar dan orang2 yg besar, sebab saiz kek dia pun besar…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Chiffon Keladi

Khas utk keluarga yg besar dan orang2 yg besar, sebab saiz kek dia pun besar…

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:-
  • 6 kuning telur (gred A)
  • 150 g gula halus
  • 100 ml pati santan (guna santan kotak)
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 70 ml air
  • 225 g tepung gandum*
  • 1 1/2 camca teh baking powder*(*diayak bersama)
  • 1 camca teh perisa keladi
  • 1/2 camca teh pewarna ungu
  • Secubit garam
  • Bahan B:-
  • 6 putih telur (gred A)
  • 135 g gula halus
  • 1/2 camca teh cream of tartar
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam satu bekas, satukan semua bahan A dan kacau dgn wisk hingga semua sebati dan larut. Ketepikan sebentar.
  • Masukkan putih telur ke dalam mixing bowl, masukkan cream of tartar dan putar pada kelajuan tinggi. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga kembang dan kental.
  • Gaulkan putih telur tadi ke dalam no.1 dgn kaedah “kaup balik” hingga sebati.
  • Tuang dalam acuan chiffon dan ratakan. Tak payah disapu apa2 pada acuan. Biar macam tu saja. Hentak 2 – 3 kali utk membuangkan ruang2 udara dalam adunan kek tadi.
  • Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 30 – 35 minit. Bila kek masak, keluarkan dari oven dan terus terbalikkan acuan tadi atas dulang dan biarkan sejuk dalam acuan dalam berkeadaan terbalik.
  • Bila kek betul2 sejuk, sisip tepi acuan dgn pisau kecil, tanggalkan acuan dan sisip juga bahagian dasar acuan dan boleh alihkan kek ke pinggan. Potong dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN