Idea sendiri memandangkan asas dah ada.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek butter jem special
Idea sendiri memandangkan asas dah ada.
BAHAN-BAHAN
- 250 grm butter
- 120 grm gula halus (ini kurang manis)
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 250 grm tepung kek
- 1 sudu kecil baking powder
- 2 sudu besar (jangan terlalu membukit,biasa je) jem- (apa2 perasa yg anda suka)-untuk kek ini saya guna blueberry jem.
- 1/3 cawan susu low fat (chilled)
CARA PENYEDIAAN
- Pukul butter dan gula sehingga kembang.
- (Pukul telur dan esen vanila macam nak buat telur dadar).
Masukkan sedikit demi sedikit di dalam adunan,pukul lagi. - (Tepung kek dan baking powder-diayak).Masukkan sedikit demi sedikit,kacau rata.
- Masuk jem(jem itu harus dilenyekkan atau cairkan dengan sudu dulu).Masukkan juga susu low fat,kacau rata.
- Loyang digris seperti biasa. Bakarlah 180c selama 45 minit atau sehingga kek itu masak.
- Jika anda rasa resipi ini tak cukup manis buat anda, bolehlah disapukan jem di atas kek yang sudah dimasak-tapi ingat,sapu semasa kek itu suam sedikit.
- SELAMAT MENCUBA kawan semua.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.