Resepi ini saya ambil dari Mamawandiha’s Blog.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Black Forest

Resepi ini saya ambil dari Mamawandiha’s Blog.

BAHAN-BAHAN

  • 120 gm gula kastor
  • 100 gm tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri)
  • 20 gm serbuk koko
  • 4 biji telur
  • 10 gm ovalette
  • 20 gm air (saya guna air sejuk yang telah dimasak)
  • 1 sk esen vanila
  • 20 ml minyak jagung (saya cairkan mentega)
  • Untuk hiasan : Nondiary whipping cream (dipukul sehingga kembang-saya tidak guna banyak, takut muak), Jem blueberry (buah) Ceri merah, Chocolate rice (sorilah campur-2 bahasa)
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.
  • Perlahankan putaran, masukkan minyak.
  • Griskan loyang, masukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit.
  • Sejukan kek, potong 2 lapisan. Sapu krim dan letakkan beri.
  • Naikkan kek atas lapisan yang telah dikrim tadi dan sapu semua bahagian kek dengan krim. Saya memang sapu sedikit.
  • Hiaslah mengikut citarasa kita.
  • Saya harap Mamawandiha tidak marah sebab saya berkongsi resepinya. Terima kasih banyak sebab selama ini saya rasa susah sangat hendak buat kek ini. Anak-2 siap suruh sambut harilahir ayahnya pada 3 Muharam 1430H. Kawan sepejabat pun hampir tidak sangka, anyway memang SEDAPPPP…., mudah dan ringkas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN