Resepi kek marble yg cantik dan sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Belang Zebra (marble)

Resepi kek marble yg cantik dan sedap!

BAHAN-BAHAN

  • 140 gm dark chocolate – sy guna Berry(cairkn & sejukkn)l
  • 2 1/4 cwn @ 295 gm tepung kek
  • 2 1/2 sdt baking powder
  • 1/4 sdt soda bikarbonat
  • 1/2 sdt garam
  • 3/4 cwn @ 170 gm unsalted butter (pd suhu bilik) – sy guna Achor krn kek akn rasa butter yg sedap.
  • 1 1/4 cwn @ 250 gm gula kastor
  • 3 biji telur saiz besar
  • 1 1/2 sdt esen vanila
  • 1/3 cwn @ 80 ml yogart asli
  • 1/2 cwn @ 120 ml susu segar – sy guna Dutch Lady full cream
  • Sedikit kepingan kelapa kering dan badam sebagai hiasan – taburkan di atas adunan kek sebelum dibakar.
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180’C selama 1o minit
  • Ayak tepung bersama baking powder,soda bikarbonat dan garam
  • Putar mentega bersama gula hingga kembang atau berwarna pucat
  • Kemudian masukkan telur satu demi satu. Setiap telur diputar dlm tempoh 1 minit
  • Seterusnya masukkan esen vanila dan yogurt. Putar sebati
  • Akhir sekali masukkan tepung berselang seli dgn susu. Putar pd speed yg rendah
  • Adunan yg telah siap diputar sebati di bahagikan pd dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan coklat yg telah dicairkan. Gaul sebati
  • Alaskn loyang dgn kertas minyak dan dilengserkan dgn mentega. Sendukkan 2 adunan vanila ke dlm loyang
  • Seterusnya utk lapisan kedua sendukkan 1 senduk adunan coklat di atas lapisan vanila tadi
  • Ulangi proses yg sama dgn sukatan senduk yg sama utk mendptkan lapisan marble sprt zebra. Taburkan kepingan kelapa dan badam sebelum dibakar
  • Bakar kek selama 1 jam atau uji dgn lidi pencucuk kek. Jika ia keluar bersih bermakna kek telah pun masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN