Resepi daripada biras, masa membuat 30 minit sahaja.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 30min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Batik Sri Tanjung
Resepi daripada biras, masa membuat 30 minit sahaja.
BAHAN-BAHAN
- 1 ketul mentega
- 1 tin kecil Milo
- 1 tin susu pekat
- 4 biji telur
- 2 bungkus biskut Marie
CARA PENYEDIAAN
- Cairkan mentega di atas api yang perlahan. Jangan sampai berminyak. Tutup api, masukkan Milo dan susu, kacau rata.
- Di atas api perlahan, pecahkan telur dan gaul rata. Kemudian masukkan biskut Marie yang dipecah 4. Gaul sebati.
- Angkat dan masukkan ke dalam loyang. Ratakan dan tekan sedikit supaya padat sambil kacang ditaburkan ke atasnya atau digaul sekali (ikut suka).
- Sejukkan dulu baru letak dalam peti sejuk. Sebaiknya semalaman atau 2-3 jam barulah dipotong. Pastikan loyang tersebut dilapik aluminium atau plastik sebelum bahan tersebut diisi untuk memudahkan kerja pemotongan kek.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.