Inilah yang dinamakan kek ringkas ataupun dikenali sebagai ‘kek bodo’ (maaflah kasar sikit). Resipi asal daripada jiran, tapi sudah diolah oleh saya. Ikut citarasa budak-budak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Batik Ishikawa

Inilah yang dinamakan kek ringkas ataupun dikenali sebagai ‘kek bodo’ (maaflah kasar sikit). Resipi asal daripada jiran, tapi sudah diolah oleh saya. Ikut citarasa budak-budak.

BAHAN-BAHAN

  • 250g mentega
  • 1 gelas gula
  • 1 gelas susu pekat manis
  • 1 gelas serbuk koko
  • 1 gelas Milo
  • 1 gelas Nestum (Nestum dewasa, bukan bayi punya tau)
  • 1 gelas air (jika suka)
  • *kepada sesiapa yang kurang suka manis, boleh kurangkan susu atau gula ya? =)
  • 1 bungkus biskut Marie (patah-patahkan)
CARA PENYEDIAAN
  • Cairkan mentega dan gula dulu.
  • Bila gula dah sebati dengan mentega, masukkan susu, serbuk koko dan Milo. Kacau sebati.
  • Kalau adunan agak keras, masukkan air sedikit. Kemudian, masukkan Nestum. Kacau lagi.
  • Bila adunan sudah betul-betul sebati, masukkan biskut yang sudah dipatah-patahkan. Kalau nak senang, ramas-ramaskan saja.
  • Akhir sekali, masukkan dalam loyang ada. Terpulang nak buat tebal atau nipis. Kalau nipis, macam ‘brownies’ kan! Hehe.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN