Resepi asal diambil dari seorang kenalan Internet yg lebih dikenali sebagai IcedNyior dari jiwang.org, telah diubah sket utk sesuaikan dgn selera kami sekeluarga… So harapnya anda tak keberatan cuba resepi ni, simple tapi memang boleh menimbulkan ketagihan…heheheh…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Batik Anak Kak Jah

Resepi asal diambil dari seorang kenalan Internet yg lebih dikenali sebagai IcedNyior dari jiwang.org, telah diubah sket utk sesuaikan dgn selera kami sekeluarga… So harapnya anda tak keberatan cuba resepi ni, simple tapi memang boleh menimbulkan ketagihan…heheheh…

BAHAN-BAHAN

  • (A) 250g mentega (sebaiknya guna yg unsalted, tapi saya suka Buttercup)
  • (B)

    1 1/2 cawan Milo

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil serbuk Nescafe
  • (C) 1 tin susu sejat Ideal
  • 3/4 tin susu pekat manis F&N (kalau tak suka manis kurangkan)
  • (D) 1 cawan bijirin Nestum
  • 350g biskut Marie
CARA PENYEDIAAN
  • Cairkan mentega dalam periuk yg muat utk adunan coklat anda, jangan sampai mentega tersebut hangus atau hangit. Peraturan mudah utk setiap masakan yg menggunakan dapur masak standard – api sederhana.
  • Dalam satu mangkuk besar, campurkan kesemua bahan (B). Campurkan ke dalam mentega cair tadi, kacau sebati.
  • Tuang bahan (C) ke dalam periuk dan kacau supaya adunan coklat tidak berketul-ketul. Pastikan mendidih dan alih dari dapur.
  • Sementara adunan tadi sejuk, patah2kan biskut Marie tadi kepada pecahan yg anda suka. Saya suka pecahkan kepada 4 bahagian & dalam 1/4 biskut tu saya akan jadikan hancur habis, jadi kek batik tu akan ada cam ‘body’ lah… Masukkan biskut yg telah dipatah2kan bersama Nestum tadi ke dalam adunan coklat yg masih hangat (bukan panas2 k, kita taknak biskut tu jadi lembik).
  • Lapikkan loyang dengan plastik @ cling wrap (kalau tak kuasa nak beli cling wrap, cukup stakat amik plastik bungkus makanan, potong sisi2nya dan bentangkan dalam loyang pun boleh…) Tuangkan adunan coklat yg sudah dicampurkan dgn biskut & Nestum ke dalam loyang, tutup bahagian atas kek dengan lebihan plastik lapik loyang tadi. Tekan2kan adunan kek batik tadi supaya betul2 padat.
  • Sejuk bekukan dalam peti sejuk bahagian atas. Lagi lama sejuk bekukan, lagi sedap…
    Bila dah keras, baru potong dan hidangkan…
  • – Saya dah buat macam2 versi antaranya susun sekeping2 biskut lapiskan dengan adunan coklat, ada juga saya campakkan saja biskut dalam periuk masak skali dengan coklat tapi saya paling suka versi ni…
  • – bahan2 tu ikut suka masing2 la nak tambah @ kurang ikut selera masing2…
  • – saya sengaja ubah nama resepi ni utk bezakan dgn kek batik lain… terima kasih banyak2 pada IcedNyior dari jiwang.org kerana benarkan saya guna & ubah resepi ni serta publish online versi saya, I owed you a whole lot sis!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN