resepi dari internet joy of baking alter sikit2

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek baldu merah (Red Velvet Cake)

resepi dari internet joy of baking alter sikit2

BAHAN-BAHAN

  • 2 1/2 cwn (250gm) tepung gandum
  • 1 SK garam
  • 2 SB sebuk koko
  • 1/2 cwn mentega
  • 1 1/2 cwn gula
  • 2 biji telur
  • 1 SK esen vanila
  • 1 cwn susu segar (dicampur dgn perahan 1 SB lemon dan dibiarkan 5 minit)
  • 2 SB pewarna merah (resepi asal) tapi saya cuma letak 1 SB pewarna je..so warna dia kurang merah
  • 1 SK cuka
  • 1 SK baking soda
  • BAHAN TOPPING
  • 250gm cream cheese, 30 gm mentega, 1 SB perahan lemon, 1 SB esen vanila dan 1 SB susu segar.
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak tepung, garam dan sebuk koko . ketepikan.
  • Pukul mentega hingga lembut (1- 2 min). Tambah gula dan pukul hingga ringan (2-3 min).
  • Masukkan telur satu persatu dan tambah esen vanila. Pukul semula hingga sebati.
  • Masukkan susu, pukul dengan kelajuan sederhana dan masukkan bahan tepung, garam dan sebuk koko yg telah diayak.
  • Masukkan pewarna merah.
  • Dalam mangkuk kecil, campurkan bhn cuka dan baking soda(biarkan berbuih dan tuang ke dalam adunan kek . kacau sebati menggunakan senduk.
  • Bakar 170 C selama 25-30 (bergantung pada oven masing-masing.
  • sejukkan dan hias dengan cheese cream topping.
  • CREAM CHEESE TOPPING
  • pukul cream cheese dan mentega hingga lembut dan gebu. campurkan perahan lemon dan esen vanila.
  • sapukan pada keseluruhan kek dan boleh hiaskan dengan serbuk koko dan badam hancur atau mengikut selera masing2.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN