Mudah dbuat..Lembut dan Sedap. Ramai yg 1st time rasa kek ni,mmg suka sgt n terus mintak resepi..share kat sini sekali la yer.. SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1430H.. (^_^)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Asam Manis Ekonomi
Mudah dbuat..Lembut dan Sedap. Ramai yg 1st time rasa kek ni,mmg suka sgt n terus mintak resepi..share kat sini sekali la yer.. SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1430H.. (^_^)
BAHAN-BAHAN
- 330g Marjerin
- 2 Gelas /400g Gula Pasir
- 6 Biji Telur-Gred A (Telur gred C kena gunakn 7 Biji)
- 2 3/4 Gelas /320g Tepung Gandum
- 1 Bungkus/90g Asam Manis(hawflakes)
- 1 sudu esen vanilla/perisa pisang
- Pewarna Kuning Secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan air dlm pengukus.Di dalam mixing bowl atau bekas agak besar,masukkan marjerin dan gula. Mula memukul adunan dgn mixer sehingga gula dan marjerin bergaul rata..(x pyh tggu kmbg sgt sbb marjerin x sehalus mentega)
- Masukkan telur satu-persatu(sambil terus memukul adunan pd kelajuan tinggi) sehingga habis.Kemudian masukkan esen vanilla/perisa pisang
- Setelah itu,ayakkan tepung terus ke dlm adunan dan pukul sebati.Warnakan adunan dengan pewarna kuning.Gaul adunan menggunakan senduk sehingga betul2 sebati.Kena guna senduk sbb telur dan marjerin kdg2 masih ada yg ‘duduk’ bwh bekas.Jika ni tjadi kek anda akan nmpk bminyak sket sbb adunan x brp sebati
- Buka bungkusan asam manis dan simpan dlm mangkuk.Ramaskan dgn sedikit tepung gandum supaya ia tdk melekat satu sama lain dan supaya tidak mendap ketika dkukus.Jika mahu,patah2kn kecil2(sy lbh suka buat begini sbb kek lbh cantik dan x terasa ketulan asam manis ketika mkn)
- Masukkan asam manis tadi ke dalam adunan dan gaul sebati.Sediakan loyang yg sudah dsapu marjerin dan dtabur rata dgn tepung.
- Masukkan adunan terus ke dalam loyang dan tutup dgn aluminium foil(x perlu tutup ketat,sekadar menutupi bahagian atas loyang).Boleh juga guna tuala utk mengalas penutup pengukus.
- Pastikan kukusan sdh mendidih.Kukus adunan selama 1 jam 15 minit atau lebih(sehingga msk), bgantung kpd saiz pengukus. SELAMAT MENCUBA.. ^_^
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.