Resepi ni saya selalu buat untuk breakfast, kadang-kadang bawak bekal ke ofis.Sesuai juga untuk orang yang berdiet. Penyediaan amat mudah dan cepat, dalam 10-15 minit. Resepi ni memang rekaan saya sendiri untuk kebelbagaian menu diet dulu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kebab Telur Lebanese

Resepi ni saya selalu buat untuk breakfast, kadang-kadang bawak bekal ke ofis.Sesuai juga untuk orang yang berdiet. Penyediaan amat mudah dan cepat, dalam 10-15 minit. Resepi ni memang rekaan saya sendiri untuk kebelbagaian menu diet dulu.

BAHAN-BAHAN

  • Sekeping Tortilla, boleh dibeli di supermarket, ataupun kulit kebab Lebanese yang gulung tu.
  • Sebiji telur ayam
  • 1/2 labu bawang besar – dipotong dadu
  • 1 biji tomato sederhana besar – dipotong dadu juga
  • 1/4 biji capsicum – optional
  • 1 atau 2 sudu besar mayonis – kalau berdiet, kurangkan jumlah mayonis
  • 1 atau 2 sudu besar sos cili – sama seperti mayonis tadi, kurangkan jumlah kalau berdiet.
  • Sekeping Cheedar Cheese
  • 1 atau 2 helai lettuce – lagi sedap dan rangup dari salad (optional)
  • 1/2 atau 1 sudu besar sos lada hitam – optional
  • Secubit garam & lada sulah
  • 1 sudu kecil minyak
  • Bahan-bahan diatas ni adalah pilihan kita masing-masing. Kalau cuma ada beberapa bahan jer dalam peti ais, masih boleh sediakan hidangan telur ni. Kreatifkan masakan guna bahan yang sedia ada di dapur.
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan kepingan tortilla di atas pinggang – senang untuk menggulung nanti
  • Sapukan sedikit mayonis di atas tortilla.
  • Susun kepingan lettuce di atas mayonis tadi, biarkan tortilla dulu
  • Sediakan kuali non sticksize sederhana, panaskan minyak masak tadi di dalam kuali. Ratakan minyak dengan mengangkan kuali macam ala-ala nak goreng telur dadar.
  • Masukkan bawang besar yang dipotong dadu tadi, tumis sedikit layu
  • Pecahkan telur tadi dan lenggangkan di atas kuali, pecahkan bahagian kuning biarkan dia memenuhi permukaan kuali – ala2 telur dadar dan biarkan seketika
  • Masukkan tomato dan capsicum yang dipotong dadu tadi ke atas telur tadi – biarkan seketika dan gaulkan bersama – buat seperti telur hancur
  • Masukkan lada dan garam. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan diatas tortilla
  • Letak telur di atas lapisan tortilla tadi, letakkan sos cili,sos lada hitam dan mayonis. Akhir sekali letakkan cheddar cheese di atas sos.
  • Gulungkan tortilla tadi dengan kemas. Tutup kedua-dua bahagian gulungan dengan kemas. Kemudian boleh panaskan tortilla gulung tadi di dalam microwave atau atas kuali non stick selama 2 minit supaya cheese cair dan kepingan tortilla tidak terbuka.
  • Kerat tortilla gulung tadi kepada 2 bahagian untuk memudahkan kita makan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN