Bagaimana cara nak masak Kebab Kambing?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kebab Kambing

Bagaimana cara nak masak Kebab Kambing?

BAHAN-BAHAN

  • ½ kg daging kambing 
  • 5 keping roti pita 
  • 3 biji bawang merah (Dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris halus)
  • 1 inci halia (Dihiris halus)
  • 3 biji cili hijau (Dihiris halus)
  • 1 sudu teh lada hitam (Dikisar kasar) 
  • 1 labu bawang besar 
    (Dipotong dadu) 
  • 2 tangkai daun sup (Diracik) 
  • 3 helai daun salad (Dihiris)
  • 2 biji tomato (Dihiris)
  • ½ batang timun (Dihiris)
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Sos cili secukupnya 
  • Mayones secukupnya 
  • 1 cawan air 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan. 
    2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris halus 
      sehingga naik bau. 
    3. Masukkan daging kambing, lada hitam, garam, dan air. Kacau rata. 
    4. Masukkan sos cili, bawang besar dan daun sup. Masakkan sehingga 
      lembut dan kuahnya kering. Masukkan ke dalam mangkuk. 
    5. Gaulkan daging dengan hirisan daun salad, tomato, timun dan 
      bawang besar. 
    6. Panaskan roti pita supaya nampak kembung. Potong dua. 
    7. Masukkan sedikit campuran daging kambing ke dalam roti pita. 
    8. Hidangkan dengan sos cili dan mayones.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN