Menambah resepi kuih kaswi dengan berlainan adunan..Buat sarapan dan minum petang atau dimakan bila2 masa saja… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kaswi Tepung Pulut

Menambah resepi kuih kaswi dengan berlainan adunan..Buat sarapan dan minum petang atau dimakan bila2 masa saja… :)

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A :-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 sk kapur yang pekat
  • 2 cawan air
  • sedikit warna coklat (opt)
  • Bahan B :-
  • 3/4 cawan gula merah/melaka (165g)
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/2 sk garam
  • 2 cawan air
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • Bahan C :-
  • kelapa parut kukus dengan sedikit garam dan daun pandan
CARA PENYEDIAAN
  • Campur bahan2 A ke dalam sebuah mangkuk dan kacau rata. Ketepikan.
  • Campur bahan2 B ke dalam sebuah periuk dan masak hingga mendidih. Tuangkan ke dalam campuran A dan kacau rata. Tapis adunan.
  • Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang bergris dan dipanaskan dulu. Kukus selama 30-40 min jika mengguna loyang dan 15 min jika mengguna acuan lompang.
  • Biar kuih benar2 sejuk, potong sesuai selera dan sajikan dengan kelapa parut kukus.
  • 18/5/2014….Kaswi Pandan Tepung Pulut…hanya guna 1 cawan gula pasir untuk 1 adunan dan jus pandan atau pandan pes dan hanya guna 1 sk air kapur.. :)
  • Cara2 membuat sama seperti Kaswi Tepung Pulut, tuang adunan dalam loyang atau acuan lompang dan kukus hingga masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN