Bahan doh boleh dalam pelbagai versi tapi saya lebih suka guna doh pastri. Begitu juga dengan intinya, boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Karipap Kubis

Bahan doh boleh dalam pelbagai versi tapi saya lebih suka guna doh pastri. Begitu juga dengan intinya, boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing.

BAHAN-BAHAN

  • Inti:
  • 200g daging ayam cincang
  • 2-3 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1-2 sudu besar cili kisar (kurang/tambah ikut tahap kepedasan yang disukai)
  • ½ sudu kecil serbuk jintan putih
  • ½ sudu kecil serbuk jintan manis
  • Garam & gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • Sedikit telur untuk doh pastri lapis kedua & ketiga (atau seterusnya) – yang ini kalau anda suka untuk tujuan bagi yang dalam tu melekat tapi kalau tak mahu pun tak apa
  • Doh pastri:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar pastri marjerin
  • Sebiji telur (gred C)
  • Sedikit air (ikut kelembutan doh)
CARA PENYEDIAAN
  • Inti: Kisar/tumbuk bawang merah & putih. Kemudian, dalam satu bekas, campurkan bahan-bahan kisar ini dengan cili kisar dan jintan. Gaul rata. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan kesemua campuran bahan tadi, bila naik bau, masukkan ayam cincang. Kacau-kacau. Perasakan dengan garam & gula. Masak daging hingga empuk (tambah sedikit air jika terlalu kering sebab lebih elok kalau lembap-lembap sedikit). Jika sudah masak, angkatlah dan teruskan untuk buat doh pastri pula.
  • Doh pastri: Dengan mengguna hujung jari, gaulkan tepung & pastri marjerin hingga jadi serbuk roti. Pecahkan telur dalam bekas berasingan, kacau sedikit sebelum dimasukkan ke dalam bekas tepung tadi. Uli sambil tambahkan air sedikit demi sedikit (guna sudu) hingga adunan doh jadi lembut, licin dan boleh dicanai.
  • Karipap lapis pertama: Ambil sedikit doh (saiz kecil sebab ini bahagian paling dalam), canaikan nipis sedikit, kemudian masukkan inti tadi dan punjutkan kemas. Saiz tu agak-agak sebab ikutlah berapa lapis hendak buat (kebiasaannya saya buat 3 lapis sebab tak mahu besar-besar, tapi kalau suka boleh buat hingga 4/5 lapis). Lepas itu, panaskan minyak dan goreng separuh masak, dengan api sederhana, kemudian angkat.
  • Karipap lapis kedua: Ambil sedikit doh (saiz lebih besar sedikit dari yang pertama tadi), canaikan nipis sikit, letak sikit telur kemudian letak inti. Lepas itu, ambil satu punjut yang sudah goreng tadi, letak atas inti dan punjut kemas-kemas lapisan kedua tu (menyaluti yang pertama). Kemudian, goreng ½ masak lapisan kedua itu dan angkat.
  • Karipap lapis ketiga: Ulangi proses yang sama dengan lapis kedua tapi saiz doh yang lebih besar sedikit. Goreng hingga masak.
  • Belah dua atau empat – baru boleh nampak bentuk ala-ala kubis.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN