Koleksi resipi keluarga – sesuai untuk minum pagi & petang.
* Gambar daripada laporan masakan oleh syahmi

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Karipap Gajah

Koleksi resipi keluarga – sesuai untuk minum pagi & petang.
* Gambar daripada laporan masakan oleh syahmi

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan tepung gandum
  • 6 biji telur (saiz C)
  • Air campur dengan sedikit garam
  • 2/3 sudu marjerin/mentega
  • Bawang besar – dimayang
  • Daun sup/daun bawang- ikut suka
  • Garam
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk kulit (sama macam buat kulit karipap). Tepung dan marjerin digaul sehingga menjadi sebati dan berderai.
  • Kemudian masukkan air bercampur garam sedikit demi sedikit (jangan terlalu banyak, nanti adunan tersebut lembik).
  • Bila adunan tersebut sebati dan tidak melekat pada jari, bahagikan kepada 6 bahagian.
  • Ambil 1 bahagian dan canai ikut lebar pinggan lauk dan tebarkan ke pinggan tersebut.
  • Dalam bekas lain, ambil 1 biji telur, campur dengan bawang, sedikit garam dan daun sup – pukul sedikit. Kemudian tuang telur tersebut di pinggan dan lipat dua, klim kulit tersebut dan bolehlah digoreng dengan api sederhana.
  • Agak-agak sudah masak dan warnanya kekuningan, bolehlah diangkat. Biar sejuk, baru boleh potong. Sedap dimakan dengan kuah cili.
  • Untuk kuah cili – Cili mesin, bawang putih, air asam jawa dicampur dan gaul, masakkan hingga kuah mendidih, jangan lupa rasa garam & gula. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN