Resepi dr mak

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Karipap Daging

Resepi dr mak

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN UTK DOH:
  • 1 kilo tepung gandum
  • 2 sdb butter
  • 1 1/2 cwn minyak
  • Air secukupnya
  • BAHAN UNTUK INTI:
  • 1 kilo kentang
  • 2 sdb serbuk kari daging
  • 1 cwn daging cincang
  • *4 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • 2 sdb cili kisar
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak (utk menumis dan menggoreng)
  • Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • CARA BUAT DOH:
  • Panaskan minyak hingga betul-betul panas, masukkan butter. Biarkan butter cair dan kacau sebati.
  • Buat lubang ditengah tepung dan tuang campuran minyak dgn butter panas td.
  • Kacau dgn senduk kayu hingga jd seperti serbuk roti dan masukkan air secukupnya hingga boleh diuli dan tak lekat ditangan.
  • CARA BUAT INTI:
  • Kentang dibuang kulit, potong dadu dan cuci bersih. Tumbuk bahan yg bertanda * hingga lumat.
  • Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan serbuk kari, gaul rata.
  • Masukkan daging dan kentang, kacau lagi hingga rata. Kemudian masukkan air hingga paras kentang.
  • Masukkan garam dan gula secukupnya.
  • Bila kuah menggelegak, masukkan daun limau purut dan masak hingga kering.
  • Bila inti dah masak, sejukkan dahulu sebelum buat karipapnya. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN