kari sardin buah kelor sedap sangat tak caya cuba pasti menjilat jari tanpa guna santan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

kari sadin buah kelor express

kari sardin buah kelor sedap sangat tak caya cuba pasti menjilat jari tanpa guna santan

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin sardin buang kuah sos separuh
  • 4 sudu besar serbuk kari jadikan pes bancuh dengan air
  • 2 biji kentang belah 4
  • buah kelor potong ikut suka dikikis kulitnya
  • 1 biji tomato belah 4
  • 1 biji bawang besar , 3 biji bawang putih, sediki halia ( kisar semuanya )
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 1 batang daun kari
  • sedikit halba
  • minyak untuk menumis
  • asam jawa extra secukup rasa
  • pak aji dan garam secukup rasa
  • 2 batang lada basah di belah 2
  • 1 gelas air
CARA PENYEDIAAN
  • panaskan periuk dan letakkan minyak untuk menumis
  • tumis daun kari, halba, dan bawang merah yang telah dihiris
  • masukkan pula bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar tadi…tumis hingga naik bau.
  • masukkan pula pes rempah kari ikan ( saya guna babas ) tumis hingga pecah minyak
  • masukkan 1 gelas air dan kemudian masukkan kentang dan buah kelor… pada siapa yang tak tahu buah kelor ni gambarnya
  • bila dah mengelegak kentang pon dah masak masukkan sadin dan sos nya sedikit
  • masukkan juga asam jawa extra sesedap rasa garam dan pak aji
  • bila smuanya dah masak masukkan tomato dan juga lada basah tadi.. siap makan dengan nasi panas juga papadom memang terangkat selamat mencuba

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN